

Ketika kita tidur dengan tenang… ada keluarga di Sudan tidur dalam kelaparan.
Ribuan keluarga Sudan sedang bergelut untuk mendapatkan makanan, air bersih dan rawatan asas akibat konflik yang berpanjangan.
Realiti Hari Ini
Dua dunia. Satu jurang yang semakin lebar.

Setiap hari mereka bertarung untuk terus hidup
Konflik yang berpanjangan telah memusnahkan rumah, sekolah dan hospital. Berjuta keluarga kini bergantung sepenuhnya kepada bantuan kemanusiaan.
- Bekalan makanan semakin berkurangan
- Air bersih sukar diperoleh
- Pesakit tidak mendapat ubat
- Ribuan kanak-kanak kehilangan tempat tinggal

Ramai nak membantu… tetapi takut sumbangan tidak sampai
Anda bukan satu-satunya yang ragu. Ramai penderma berhenti di saat akhir kerana tidak pasti — sah atau tidak, telus atau tidak, sampai atau tidak.
- Tak pasti organisasi boleh dipercayai
- Risau ketelusan dana
- Tak tahu saluran yang sah
- Takut menjadi mangsa scam

“Bagi kita… makan itu biasa.
Bagi mereka… ia mungkin peluang terakhir untuk hidup.”
Atas bumi Sudan hari ini… ada keluarga yang hanya berharap untuk bertahan sehingga esok.
Kadang-kadang bantuan kecil dari kita… menjadi sebab seseorang terus bernyawa.

Anda Boleh Membantu
Anda boleh jadi sebab mereka terus bertahan.
Sumbangan anda akan membantu menyalurkan keperluan paling asas kepada keluarga yang memerlukan di Sudan.
Pengalaman & Kepercayaan
Pengalaman lebih 9 tahun dalam misi kemanusiaan.
Pusat Bantuan Bencana & Kemanusiaan PAS (PASRelief) merupakan entiti di bawah Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ditubuhkan pada 13 Mac 2017 dan aktif menjalankan pelbagai misi bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara.




Pakej Sumbangan
Sumbang tanpa ragu-ragu.
Pilih nilai sumbangan anda dan bantu rakyat Sudan hari ini.
Bantu bekalkan air bersih
Bantu makanan asas keluarga
Bantu bekalan perubatan
Bantu lebih banyak keluarga
Bantu impak yang lebih besar

Mungkin bagi kita kecil…
tetapi bagi mereka sangat bermakna.
Jangan tunggu sehingga krisis ini dilupakan. Hari ini kita masih mampu membantu.